"I am so clever that sometimes I don't understand a single word of what I am saying." (Oscar Wilde)


← old
Cinta itu indah.
Saturday 28 January 2017
Adakah perasaan cinta itu indah?
Darimanakah datang perasaan cinta itu?
Hati ini sudah lama kosong dari cinta yang fitrah.
Detik memandang dirimu,
Tidak sama sekali aku mengingat bahawa akan aku jatuh hati.
Gerak-gerimu dan juga suaramu membuat aku tertarik.
Aku tahan rindu pada hari-hari yang aku tidak dapat melihat dirimu.
Apakah hikmah di sebalik menemukan dirimu dengan aku?
Perasaan ini tidak terlalu membara walaupun ada sedikit butir-butir cinta.
Kenyataan, aku akan redha jika kau berpunya.



Saturday 3 September 2016
Sempat aku duduk dan berfikir. Aku dapat perasan kelainan dalam masa 6 bulan ini.
Di manakah pergi misi aku? Lelap sebergitu sahaja?
Aku banyak mengutamakan yang lain.
Dalam masa 6 bulan semuanya berubah.
Aku tidak tahu bagaimana cara untuk aku membagikan masa.
Ya ini memang cabaran bagi aku.
Cabaran untuk meletakkan mana satu yang perlu aku utamakan.



Tuesday 19 July 2016
Bahagianya orang lain tetapi bukan aku.
Senyuman sentiasa terukir di bibir orang lain tetapi bukan aku.
Sepi dan sunyi hanya aku yang rasa.
Kecewa dan hampa hanya aku yang rasa.

Tiada sebarang penjelasan untuk kesedihan ini.
Hanya hajat yang tidak tercapai.
Untuk mencintaimu hingga mati.
Mengapa susah untuk mengukirkan senyuman di bibir.
Mengapa senang kecewa dan sakit hati.

Aku hanya ingin disayang.
Aku hanya ingin mendengar kata-kata yang indah.
Aku hanya ingin lebih bahagia.
Aku hanya inginkan kau sahaja.

Saturday 18 June 2016
Terfikir-fikir pada saat ini.
Di manakah aku akan berjumpa dengan cinta.
Bilakah aku akan berjumpa dengannya.
Bagaimanakah rupanya cinta.
Bagaimana pula perangainya.
Adakah oragnya tinggi.
Adakah dia berwajah cerah atau hitam manis.
Adakah dia berkaca mata.
Bolehkah dia menerimaku seadanya.
Bolehkah dia membimbing aku.


Wednesday 18 May 2016
Pada saat ini aku tidak pasti.
Apa yang tersurat dalam hati.
Tetapi apa yang aku pasti.
Bukan kau yang aku menanti.

Pada masa ini aku belum sedia lagi,
Belum jumpa lagi kekasih hati,
Sudah lama aku mencari,
Mungkin harus aku tunggu lama lagi.



Saturday 7 May 2016
Lirik mataku tertuju padamu.
Sering aku pandang dari jauh.
Lama aku pandang kamu.
Tiada sesiapa pun yang tahu.

Kadang kala bukan aku yang mahu.
Tidak tergerak pun hatiku.
Tetapi mata yang sering mencarimu.


Friday 29 April 2016
Masa.

Bagaimana harus kita berbahagikan masa?
Sering kita berkata bahawa kita kesuntukan masa.
Tetapi adakah ianya benar.
Bahawa kita tiada masa.

Dalam hubungan pasti memerlukan masa,
Apakah tujuan bersama jika tidak boleh tepikan masa.
Mengapakah ianya berat untuk memberikan masa kepada yang dicinta.
Jika susah mengapa masih bersama.



layout by ellie. image from weheartit.