Friday, 29 May 2015
Aku sedih.
Baru aku berazam...
Tetapi ia tidak menjadi.
Aku kecewa.
Aku mencuba walaupun ianya amat susah buat aku.
Aku lemah.
Aku banyak beremosi.
Aku banyak bernangis.
Tetapi aku sedar.
Aku sedar bahawa semua ini adalah cabaran.
Ini adalah cabaran dari Allah s.w.t.
Semua dan segala apa yang mungkin terjadi nanti,
Atau yang telah terjadi...
Ia tidak akan terjadi tanpa izin yang maha Esa.
Pernah aku berdoa denganNya.
Tetapi aku tidak pasti adakah ini jawapan yang aku nantikan selama ini.
Mungkin ini hanya perasaan aku.
Tetapi hati yang lemah ini perlu dijaga.
Aku juga punya perasaan.
Aku tidak memaksa.
Aku redha jika itu takdirnya.
Tetapi aku tidak paham.
Sama sekali aku tidak paham.
Mengapa kadang kala,
Kau seumpama ubat yang membaiki hati aku yang sakit.
Kau yang buat aku tersenyum.
Tetapi kadang kala,
Kau punca hati aku rasa sebak.
Kau punca air mata yang mengalir.
Kau punca hati ini sakit.
"Ya Allah, jika itu takdir aku. Aku redha.
Tetapi Ya Allah tunjuklah dia arah ke syurgamu,
Kau bimbing dia.
Kau tutupkanlah telinganya dari bisikan syaiton.
Jagalah dia buat aku"