"I am so clever that sometimes I don't understand a single word of what I am saying." (Oscar Wilde)


← old new →
Wednesday, 13 May 2015
Belum lagi aku dapat hilangkan rindu.
Rindu itu kembali lagi kepada aku.
Tak sempat aku lupakan rindu.
Rindu menjelma lagi di dalam mimpiku.
Ingin aku lupakan rindu.
Makin aku rindu.
Sakit hati aku.
Berbisa kerana menahan rindu.

Semakin aku cuba untuk tidak fikirkan rindu.
Semakin dia muncul.
Pergilah rindu.
Pergi jauh.
Aku tidak tahan menyimpan rindu ini.
Rindu yang membuat aku tidak lena tidur.
Rindu yang membuat mataku bertakung dengan air mata.
Rindu yang mungkin tidak bermakna.

Apakah makna mimpiku?
Adakah makna dalam mimpiku?
Mungkin ia hanya kerana aku.
Hanya kerana aku yang rindu.
Mungkin dia rindu?
Itu tidak mungkin.
Memang tidaklah ia akan terjadi.

Seperti apa yang selalu dikatakan.
Semakin lama kau mahu lihat dia,
Semakin itulah dia akan menjauh.
Semakin lama kau cuba untuk lupakan dia,
Semakin itulah dia datang menghantuimu.

layout by ellie. image from weheartit.