"I am so clever that sometimes I don't understand a single word of what I am saying." (Oscar Wilde)


← old new →
Sunday, 30 August 2015
Aku redha. Aku redha seandainya bukan jodoh.
Aku redha dan bersyukur kerana ianya terbaik untuk aku.
Tidak semua yang diminta pasti dimiliki.
Jika bukan hari ini, mungkin esok.
Jika bukan esok mungkin lusa.
Jika bukan lusa juga... Mungkin ianya bukan yang terbaik untukku.

Semakin aku senyap.
Semakin itulah termimpi si dia.
Semakin itu hati ini merindu.
Semakin aneh keadaan.

Jika dia bukan untuk aku, jangan biarkan diriku ini
rindu malah janganlah biarkan aku sayang dan cinta dia.
Tetapi semakin aku rindu dan semakin aku sayang.
Tidak usah aku menunjukkan kasih.
Tidak usah aku ucapkan sayang.
Hanya doa yang boleh aku titipkan buat si dia.

Jika perasaan ini hanya sementara, hapuskanlah.
Jika perasaan ini dan sayang ini akan dibalas,
maka kekalkan lah.
Teringin juga aku terima kasih dan sayang darinya.
Tetapi lebih ingin aku dan akan aku lebih sayang dan cintai yang MAHA ESA.

Jangan biarkan perasaan ini melebihkan perasaan cinta.
Perasaan sayang kepada agama dan tuhan.
Kerana jika dia untuk aku,
Dia akan ingatkan aku bahawa cinta dan sayang
kepada agama dan tuhan ialah yang utama.
Bukanlah cinta kepada si dia.

layout by ellie. image from weheartit.